Showing posts with label rezeki. Show all posts
Showing posts with label rezeki. Show all posts

Wednesday, 8 February 2012

Rezeki

Dapat kembar empat selepas tiga tahun menanti





MUAR 7 Feb. - Penantian sepasang suami isteri, Norbazilah Amin, 27, dan Mohd. Sazalee Mohd. Hilal, 35, untuk memiliki cahaya mata sejak tiga tahun lalu berbaloi apabila dikurniakan kembar empat pada 14 Oktober lalu.

Kembar empat tidak seiras itu, terdiri daripada tiga perempuan iaitu Sherlea, Seliesha, Shazrica dan seorang lelaki Shazrick dilahirkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menceritakan pengalaman mengandung dan melahirkan keempat-empat mereka, Norbazilah, yang bekerja sebagai jururawat di PPUM terpaksa mengambil cuti setahun sepanjang tempoh itu.

"Ini kerana kesihatan yang tidak menentu dan dalam tempoh itu saya sering berulang-alik ke PPUM untuk mendapat pengawasan rapi daripada doktor.

"Saya tidak boleh makan dan hanya minum untuk mengalas perut yang lapar. Akhirnya saya bersalin menerusi pembedahan pada usia kandungan mencecah tujuh bulan empat hari," katanya ketika ditemui pada majlis cukur jambul bayi kembar empat itu di rumah ibu bapanya di Taman Sri Mas, di sini semalam.
Menurutnya, kesukaran bermula pada minggu ke-10 kehamilan sehingga saat untuk bersalin dan selepas itu melalui pula pengalaman baru menguruskan semua anaknya.

"Meskipun pada mulanya agak kelam-kabut kerana anak-anak saya akan terjaga selang 10 minit setiap seorang untuk minum susu, tetapi sekarang sudah biasa ditambah pula suami banyak membantu," katanya.
Mereka memperoleh empat bayi sekali gus selepas menjalani rawatan permanian beradas (IUI) di PPUM selepas tiga tahun tidak dikurniakan cahaya mata.

Bagaimanapun, doktor memberitahu bahawa potensi untuk hamil dengan cara itu hanya 10 peratus tetapi dia amat terkejut selepas usia kandungan mencecah lapan minggu apabila dimaklumkan mengandung bayi kembar empat.

Pasangan berkenaan bersyukur dikurniakan empat cahaya mata yang mempunyai karakter berbeza dan kini menjadi penyeri rumah tangga mereka.

Norbazilah dan suami yang menetap di Pangsapuri Mentari Court, Petaling Jaya, Selangor terpaksa membawa empat bayi tersebut ke kediaman bapanya, Amin Zainal Abidin, 62, dan ibu, Rohana Sintal, 55, untuk dijaga oleh mereka.
"Saya tidak punya pembantu rumah dan terpaksa membawa semua bayi saya ke kampung supaya ibu bapa saya dapat membantu menjaganya," katanya.

sumber : Utusan Online

p/s :: Kalau dapat satu pun rasa sangat bersyukur...ini kan pula 4 orang..

NORBAZILAH Amin (kiri) dan Mohd. Sazalee Mohd. Hilal gembira memangku empat anak kembar mereka di Taman Sri Mas, Muar, Johor, kelmarin.

Tuesday, 10 May 2011

Syukur..

Assalam...

Kisahnya hari Ahad operasi rumah. Biasanya mmg weekend menyapu, mop dan mengelap2 di buat seminggu sekali. Kalo bz sgt jadi 2 minggu sekali. Rumah tak bersepah mana pun, habuk yg makin lama makin tinggi. Ni la peluang, hari ahad en. suami tak keje. So minta la keluarkan beg2 sbg persiapan utk bermusafir..Tgk2 beg yg ada itu dah uzur (kakinya dah patah sebelah, kalo letak barang byk2 mesti senget..hehe). Beg ni pun masa ayah pergi haji tahun 2002, dah 9 thn lepas.

Pastu en. suami kata kita beli beg baru jer...beg besar ada roda 4, senang sikit nak bergerak. Cam beg dila (adik yg tlh berhijrah ke tanah arab). Ok la, petang lepas siap2 solat asar pergi kami berdua ke Sunway Piramid. Sbb beg dila tu sy belikan utk dia kat Jusco One Utama. Skrg ni Jusco One Utama masih dlm renovation. So Jusco yg dekat adalah Sunway Piramid.

Terus ke tempat yg dituju...sbb nak balik sblm maghrib. Jumpa la ciri2 beg yg nak dibeli..tapi mahalnya. Over our budget...alamak. Diskaun pun takde (bukan time Sale). Takpe la ckp kat en. suami kita cr kat kedai2 luar jer. Berjalan melilau mata mencari kedai beg. Jumpa la kedai samsonite. Tgk2 la..semua beg takde tanda harga..tapi bila ada 1 auntie tanya kat sales girl, beg yg 3 kali kecil dr beg impian kami..terus kami keluar, tak yah nak tanya2. Mmg lagi tak mampu. Dalam kepala, beg sape la kita nak pinjam ni..huhu. Dalam mencari kedai, mata ternampak di level bawah ada 'fair shoes and bag' oleh Parkson. Cepat kaki melangkah ke situ. Pusing2 cari2 ada la beg impian kami dalam budget (harga selepas diskaun). diskaun hanya untuk pemegang kad bonuslink. Alamak...dua2 kitaorg mmg takde kad bonuslink.

En. suami kata, kita pergi jer tanya org yg ada kat situ siapa ada kad bonuslink kita pinjam. (Selalu org pinjam kad jusco time J-day, bagi jer) Mgkn konsepnya sama kalo kita pinjam dari orang lain (berangan..hehe). Dalam fikir2 nak pinjam kad bonuslink org, ternampak la sales girl yg berdiri tgh perhatikan org lain. Terus tanya dia..kat mana boleh kitaorg dptkan kad bonuslink ini?? Dia jawab, pergi ke kaunter customer services Parkson.  Kitaorg secepat kilat pergi mencari.

Sampai kat kaunter, saya pun ckp nak apply kad bonuslink. Dalam pada tu, mata tgk la benda lain, ternampak la banner utk Maybank Card. Mulut pun gatal tanya.."kat sini boleh check & redeem point kad kredit Maybank ker?". Budak perempuan yg comel pun jawab "Boleh..nnt sy panggil supervisor". Dalam isi borang bonuslink, Supervisor dia pun sampai dan semak. "Puan, point ada 20,000 lebih. Boleh redeem voucher parkson RM100". Apa??.. ok redeem sekarang. Sepanjang guna kad kredit ini tak pernah nak ambil kisah pun pasal point dia...hehe...dan ni la dia voucher yg dimaksudkan...

bagus dpt voucher parkson, expired setahun akan datang..

Bila dah selesai, terus gi ambil beg yg telah memenuhi ciri2 idaman dan terus bayar dgn diskaun 60% dan voucher RM100 - ia berada di dalam budget kami. Bila keluar daripada parkson, kitaorg berdua bersyukur sangat...dalam hati...ni adalah sebahagian rezeki daripada Allah. Dalam budget yg terhad..Allah akan memberi kpd hamba-Nya rezeki dari sumber yang sama sekali yang tidak dijangka. Oleh itu, yakin lah rezeki, senang susah itu Allah yang aturkan. Kita sebagai hamba hanya mampu berdoa dan memohon daripada-Nya.

Wassalam.

-cik tipah @ ofis-