Assalam semua..
Setelah lama tak mengupdate blog berkenaan TTC hari ni berjaya jugak nak update. Hari ni free sikit sbb EL tunggu rumah yang tgh renovate. Renovation sikit jer..dah nak 2 minggu. Rumah berhabuk tahap gaban + dapur tutup sejak sabtu lalu. Makan kat luar jer...
Untuk entry kali ni nak cerita pasal 2nd treatment untuk thn ini di LPPKN. 1st treatment pada bulan Mei yang lalu. Lepas tu mmg nak pergi sambung balik treatment tetapi bulan jun bilik OT LPPKN tgh renovate, bulan julai dah nak bulan puasa, bulan ogos hari raya, bulan september bulan buat bajet. Maka bulan Oktober ni ada la sikit masa..itu pun tak berapa nak terluang sangat..hihi
Hari jumaat 27 September 2013 ada kuar darah setitik je. Hari tersebut CD23..saya dah berbelah bahagi nak call tak LPPKN utk appointment. Kalo nak tggu betul2 period kuar mgkn hari sabtu atau ahad..hari isnin baru boleh call. Tp Isnin petang ada miting. Bila masa nak call..
So petang jumaat tu..call je LPPKN. Dengan sekali call terus cakap ngan nurse doc Ghaffar (biasanya kena call banyak kali baru dapat..) so ckp kat nurse tu yg ptg ni sy baru kuar darah setitik jer. Sy nak buat appointment. Nurse tanya biasa period akan keluar byk lepas tu? Sy ckp biasanya 1 hari spotting..next day akan period betul. Masa tu dlm hati jgn la dia bagi appointment hari Isnin sbb isnin tu miting penting. Kalo nurse letak appoitment hari isnin nak mintak tukar..kalo tak boleh mmg cancel terus la appointment tu. Alhamdullilah nurse bagi appointment hari selasa. Kalo ikut perkiraan dari hari spotting, hari selasa tu CD5. Last day untuk ambil ubat.
Period kali ni mmg gila sikit..hari jumaat tu dia spotting petang tu jer. Malam tu clear. Dalam hati takpe tunggu sok. Sabtu tu pun sama spotting sikit jugak. Dalam hati dah cuak..cam kalo period mmg tak kuar2. Mgkn preggy ke? hihi.. Sy kata tak pe la tunggu lagi hari ahad. Hari ahad baru la period keluar. Itu pun darah coklat2 jer..byk sikit dari spotting. Hari isnin baru flow yang betul2 banyak.
So hari isnin tu miting cam biasa. Bila petang tu..jumpa bos bagi tau sok pg selasa sy nak gi LPPKN nak gi jumpa doc. Bos boleh ckp.."time2 sibuk cam ni awak nak gi jumpa doc". Masa tu rasa bersalah sgt kat dia. Petang tu saya stay kat ofis untuk siapkan pindaan lepas msyrt. Pepagi selasa tu sy gi LPPKN dgn berkira2 bila la next appointment utk scan. Kalo scan tu jatuh 7 Oktober 2013, sy akan ckp dgn doc sy tak nak ambil ubat..dan postponed treatment next time. Sbb 7 Oktober 2013 miting lagi besar dan sy urusetia.
Bila smpi turn jumpa doc..discuss pasal last IUI. So far doc sgt berpuas hati..cuma kuantiti sperm Encik B kurang sikit jer. Doc berjaya masukkan 10juta. Doc kata kalo boleh dia nak 20juta. Doc pun bagi tau ini mgkn last IUI saya. So lepas ini kena proceed IVF.
So doc tanya period bila. Sy bgtau sy start spotting hari jumaat dan sabtu. Betul2 period hari ahad. Sy tanya doc dari mana nak kira ini. Doc tanya saya balik..awak rasa spotting hari jumaat tu period ke tak? Saya jawab..hari jumaat tu saya dah tak solat. Doc pun gelak..so kita kira spotting tu CD1.
Maka doc bagi ubat sama seperti last IUI. 100mg clomid untuk 5 hari dan puregon 100iu untuk 4 kali. So datang balik scan pada 9 Oktober 2013. Apa lagi...happy gila time tu. Sbb tak kena time 7 Oktober 2013. Doc kata lagi kemungkinan besar IUI pada 11 Oktober 2013 hari jumaat. Minggu berikut tu dah nak raya haji. Masa tu tak terfikir yang 11 Oktober 2013 ada miting yg sy jadi urusetia dan semua report sy buat. Mati lagi la nak bagitau bos ni...
Ubat ambil cam biasa. IUI pertama saya ambil pukul 10 mlm. Yang kali ini saya ambil kul 8 mlm. Senang sikit.
Sok nak gi scan. tak tahu apa cerita. Setakat hari ini, ok jer..takde pulak rasa pe2..mgkn dah immune dgn drug2 ni..hihi. Jika jadi la IUI hari jumaat tu cam ne nak gi ckp ngan bos ni. Daripada saat terperasan bertindih ngan miting, hari2 berdoa moga2 dipermudahkan dan miting tu cancel..pinda hari lain. Tapi sehingga hari ni..miting tu on jer. Skrg pun dah gelabah buat semua report. Yang penting prepare semua benda untuk miting. Kalo dah settle..mgkn bos tak marah sgt kot.. Cam ne pun kena face to face ngan dia. Dia nak marah tu dia punya pasal la..tapi yang penting jgn berbohong..huhu
Dugaan betul...harap semua ok la.
Untuk semua ttc'ian, berusaha dengan apa cara sekali pun (yang pasti halal) untuk mendapatkan zuriat ini. Kerana dengan usaha itu, asbab untuk Allah bagi rezeki zuriat. Rezeki Allah ini kita kena cari. Sebagai contoh, kenapa kita kena kerja. Pergi pagi balik petang. Sbb nak dpt duit kan. Duit itukan rezeki dari Allah. Dengan sbb kita kerja kita dapat rezeki wang. Begitu juga dengan usaha kita nak dapatkan zuriat..tak kisah la makan supplement ke, minum susu kambing ke, berurut ke, jumpa doc ke..yang penting kita usaha. Dengan usaha itu..Insya Allah akan disalurkan rezeki yg kita semua tunggu. Bila kita dah berjaya mengandung..usaha kita itu adalah asbab untuk kita dapat rezeki dr Allah. Bukanlah ubat, supplement, IUI/IVF yg memberikan kita zuriat. Peringatan ini untuk diri sendiri dan mereka yang membaca. Dan niatlah kita nak zuriat ini kerana Allah dan Rasulllah. Bukan kerana manusia yang selalu mengata/bertanya.
Sekian. Wassalam.
Sy doakan smoga d permudahkan.. Mmg susah kalo dgn kerja seme kan. Sbb tu ada staff ofis ni amik cuti 3 bln tnpa gaji buat iui. Tp sy tokleh la wat cemtu. Sapa nk byr duit umah kang..hihi.. Dan sy pun tgh nk cr smgt utk buat iui.. Takutttt...hihihi
ReplyDeleteTq. Mmg mencabar bila melibatkan kepentingan diri sendiri dan kerja di ofis. Dua2 pun penting jugak. Nak ambil cuti semata utk iui rasa blm mampu lagi..
Deleteinsyaallah...semoga berjaya
ReplyDeleteSmg Allah permudah CPT... mmg susah bila nak explain kat bossess. I ada dengar ustaz kazim punya ceramah n dia bagi ayat ni sebagai doa untuk permudahkan urusan kita bila jumpa bosses etc. But i really forgot ayat dia... InshaAllah i cari n bagi u nanti.
ReplyDeleteDah jumpa dah... ni doanya. Ni sebahagian dari ayat 15 surah as-syura. Baca doa ni sebelum jumpa boss... mudah2han Allah permudahkan....
Deleteاللَّهُ رَبُّنَا وَرَبُّكُمْ لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ لَا حُجَّةَ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ اللَّهُ يَجْمَعُ بَيْنَنَا وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ
Sweet Tooth...tumpang komen kat sini ye? Nak kopi pes doa ni boleh? persediaan nak guna tahun depan... :)
Deletesila...sila yani... share je :-)
Deletenak share jgak.. tumpang2..hehehe
DeleteTq dear...Insya Allah saya akan gunakan utk jumpa bos ptg ini..
DeleteSalam...
ReplyDeleteSmoga dipermudahkan segalanya & smoga diperkenankan hajat....
Yg penting tidak putus asa, banyakkan bedoa & berusaha & tawakkal:)
good luck. semoga dipermudahkan
ReplyDeletedear, semoga semuanya berjalan lancar.. jgn stress2 sgt nak buat IUI nant ya :)
ReplyDeleteTerima kasih atas doa kalian..moga Allah berikan yang baik2 utk kita semua!!
ReplyDeletesemoga dipermudahkan urusan cik puan tipah. saya pon ade follow up lppkn. tapi dengn doctor hamizah. baru lepas hsg skang tgh tgu next period utk buat appt jupe doctor pulak.
ReplyDeleteinsha allah..
ReplyDeletesaya doakan cik puan tipah dipermudakan semua urusan..
sejak lepas raya puasa..sy masih x sambung treatment lg....mengumpol kekuata x abes2...huahuahuaha ;(
ReplyDeletemoga urusan cik puan tipah dipermudahkan ;)
Delete