Friday, 3 May 2013

Rawatan Alternatif #1 (Reflexology)

Salam Jumaat untuk semua..

Sekarang semua citer pasal pilihanraya. Malas nak komen. Apa pun kerajaan kita..yang penting Malaysia Tanah Air kita dan Islam adalah Agama kita. Itu yang paling penting dipertahankan!!

Ok..pagi ni nak share pasal rawatan alternatif.  Kebanyakan rawatan alternatif yang kitaorg buat bukanlah sbb kitaorg nak buat sgt. Tapi ada jer dorongan dari orang lain. Sama la juga kes reflexology ni.

sumber :: google

Mula-mula citer, jiran belakang rumah (Kak Nn)..whatsapp dia kata ada kawan dia yg kerja kat Qatar balik Malaysia. Kawan dia ni pandai urut. Pakcik..dalam umur 50 thn.  Dia blk Malaysia pun sbb kena attend course.

So, habis kerja kak Nn bawa balik rumah Kak Lz. Kak Nn dan Kak Lz ni dok sebelah menyebelah. Diaorg beli rumah sebelah menyebelah dan bestfreind. Suami Kak Lz ni keje sekali ngan Kak Nn. Pakcik ni keje sekali la ngan diaorg..

Maka lepas maghrib, kitaorg gi rumah Kak Lz. Jalan kaki jer..rumah back to back.  Kalo biasa tu lalu ikut dapur jer..hihi. Pakcik tu kata dia akan urut dua2 orang..dia tak mau tuduh isteri tak ok atau suami tak ok.  Maka Encik B orang pertama kena urut.  Pakcik ni urut tapak kaki dan tangan jer. Encik B dah berkerut2 muka tahan sakit. Takde jerit2.  Bila dah habis urut tu, Encik B boleh rasa nak pitam. Pakcik tu bagi minum air dah suh rest. Mmg ada yg dia urut, orang tu pengsan. 45 minit jugak dia urut.

Habis turn Encik B..of course turn saya.  Masya Allah sangat sakit. Terutama part kepala.  Kalau tempat yang dia tekan tu sakit maknanya mmg ada penyakit la kat organ badan kita. Saya mmg ada penyakit migrain yg teruk. Bila pakcik tu tekan jer mmg sakit yang amat sangat. Bila sakit tu, ada la part jerit2, gigit bantal, meloncat2 dan airmata yg meleleh.

45 minit tu rasa bagai bertahun2. Penangan reflexology..sakit esok harinya. Rasa tak bermaya jer.. Rasa cam tu 2 3 hari jer jugak. Mgkn sbb sy tak biasa urut.  Kalau yg biasa urut mgkn takde hal.  Kak Lz selalu gi urut reflexology pun komen yang pakcik ni urut mmg sakit.  Yg biasa dia gi tu..urut2 manja.

Dalam mengurut tu, pakcik tu bagitau nasihat.  Pakai la stokin bila tidur malam, kaki jgn kena lantai/tile, pakai selipar, bila duduk2 cuba urut2 tapak kaki.  Apa yang sy praktikkan adalah pakai stokin masa tidur. Pakcik tu kata juga, jgn pakai stokin yg ketat..nnt darah tak flow. So cari la stokin yang lama2..yg dah longgar2. Sy pakai stokin Encik B.

Urutan reflexology ni adalah untuk membetulkan perjalanan darah.  Bak kata pakcik tu..urut ni nak make sure darah tu smpi ke organ2 badan kita. Bila darah flow dgn baik maka organ akan berfungsi dengan baik.

Pakcik tu pesan, paling elok nak urut reflexology bagi wanita adalah semasa datang haid. Masa sy urut tu saya tak period pun. Dia suh saya gi cari org yg urut..tapi sampai skrg haprak pun tada...hihi.  Selain itu, jgn makan 1 jam sebelum urut. Takut muntah kot!!

Overall, pakcik tu mmg best. Nak repeat mmg takut la.. tau dah sakit dia..hihi. Apa pun thanks sgt kat Kak Nn, yg ingat kat sy sdg berusaha utk dptkan baby. Lepas urut, makan malam di umah Kak Lz..best.

Lps urut pakcik tu nak balik ke Qatar semula. Gigih betul pakcik tu!!

Sape nak cuba..boleh cuba. Ini adalah salah satu ikhtiar. Carilah pusat urut yg ok. Jgn main masuk jer...kang benda lain dia urut..haha

Sekian.

p/s : sedang mencari kekuatan untuk sambung urut reflexology ni..








8 comments:

  1. I pun x biasa kena urut... memang sakit bila sesekali diurut. Tapi lega lepas diurut sebab badan rasa ringan :-)

    ReplyDelete
  2. Saya biasa urut refleksologi dengan orang buta. Di Giant Kota Damansara Berdepan dengan Pejabat Pos.

    Kalau part yang bermasalah, memang sakit. Tapi adik tu selalu pesan, untuk rawatan awal, datang setiap minggu untuk lancarkan perjalanan darah.

    Kemudian, barulah datang sebulan sekali sebab katanya kalau datang sebulan sekali, memang hanya akan rawat perjalanan darah je.

    Usaha kami sejak 2 tahun tapi rezeki anak belum datang. Rezeki kawan-kawan yang muncul. Hehe.

    ReplyDelete
  3. CPT, yani dalam perancangan nak kembali berurut dengan seorang nenek di area Jasin. dah lama tak pergi berurut dengan dia. ada dalam setahun lebih kot. ni baru terbuka hati balik nak berurut...hurm....

    ReplyDelete
  4. uikk sakit eh eh.. ok lupekan. hahahhhaa

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete