Thursday, 2 May 2013

Treatment Pertama Utk 2013

Hari ini appointment dgn Doc Ghaffar pada CD5.

Setelah lama berehat, cycle ini saya menyambung balik treatment dgn LPPKN.  Mmg lama tertangguh. Sebenarnya bulan Januari 2013 ada call utk continue treatment tapi pada masa call, nurse bagitau diaorg tak ambil kes sbb klinik tengah renovate.  Bulan Februari, Mac dan April mmg sibuk dengan financial report..maka segala bagai treatment ditangguhkan sehingga ke hari ini.

Review dulu last treatment. Clomid 100mg utk 5 hari. Makan setiap 24 jam. Suntikan Gonal-F 75iu untuk 3 hari. Inject setiap 48 jam. Resultnya, ada 2 biji telur yg matang. Tak cukup syarat nak buat IUI. Try naturally. Detail story disini.

Review treatment utk kali ini. CD1 pada hari ahad 28 April 2013. So ngam2 26hari. Tepat. Nurse bagi appointment hari ini bersamaan CD5.  Untuk cycle kali ini, doc bagi ubat Clomid 100mg untuk 5 hari. Ambil setiap 24 jam.  Suntikan puregon 100iu untuk 3 hari. Inject setiap 48 jam.  Scan pada 8 Mei 2013 jam 11 pg. Doc up kan dos puregon sbb masa last treatment tu cam tak cukup 1 biji telur lagi untuk buat iui. Doc harap dgn dos sebegini rupa boleh dpt seperti yang diharapkan.

Selain daripada ubat di atas doc suh makan asid folic 5mg setiap hari.  Untuk ini, saya dah start makan dari bulan April lagi.  Saya ambil bersama fish oil dan EPO.  Sebiji sehari (1000mg).  Encik B pula ambil supplement zinc (dos tak ingat).  EPO saya ambil sehingga hari ovulation sahaja, lebih kurang sehingga hari ke-14.  Selepas tu saya ambil flexseed oil. 

Secara jujurnya...saya ok jer. Saya usaha dan doa. Selebihnya biarlah Allah tentukan. Dan kali ini saya tak mau stress2.  Nak kasi big smile kat semua orang setiap hari...(boleh ke??) Kerana bila gembira hormon pun lebih stabil..hihi.. 

Motivasi utk semua TTC yang membaca...

kura-kura pun bagi big smil :-)

Sekian..




10 comments:

  1. yang penting nawaitu kita sentiasa ingin berusaha,Allah pasti permudahkan jalan kita..kadang2 kegagalan itu pahit namun indahnya sebuah kejayaan selepas kegagalan krana kita akn lebih menghargainya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...kejayaan yang kita perolehi dari kegagalan adalah lebih diingati dan dihargai..

      Delete
  2. good luck cik puan tipah..mudah2an Allah makbulkan doa kita ye..amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq...Insya Allah doa kita semua dimakbulkan..

      Delete
  3. CPT, nak tanya...makan EPO memang sampai sebelum Ovulation day sahaja ke? yani pun tgh makan EPO semula, tapi tak pasti bila time boleh dan bila time yg perlu stop ambil EPO tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yani,
      Dulu2 saya pernah baca supplement utk pcos. Tak ingatkan mana...
      So selama sy amalan EPO sy akan makan CD1 hingga CD14/15. Pastu sy stop.
      EPO ni membantu meningkat cervical mucus.

      Delete
    2. oo..means that makan start cd1 period sampai cd14/15 ye? yani perasan kan, bila makan EPO ni, selalu rasa 'basah' je kat bawah tu...tapi takde la ciri2 mcm ovulation liquid yg macam putih telur tu (mcm jelly)....? sama ke?

      Delete
  4. Doc G... huhu.. at least pernah jumpa dia sekali :)
    Utk CPT - gud luck dear..setiap usaha kita, Insyaallah diredhai Allah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom jumpa Doc G..hihi
      Tq..moga usaha kita bersama diberkati..

      Delete
  5. rasa macam dekat dah kite niii.. hehehheee

    ReplyDelete