Friday, 17 May 2013

4dpIUI :: Saya Takut..

Salam Jumaat yang penuh barakah hendak-Nya...

Alhamdullilah hari ni dah 4DPIUI. Rasa cam semalam jer baru buat IUI. Nak tunggu lagi 10hari untuk 2ww dan ada lagi 12 hari untuk habiskan Duphaston.

Untuk 4 hari ni cam2 rasa tapi saya anggap semua tu salah ubat Duphaston (boleh cam tu).  Mmg begitu rasanya bila setiap kali kena makan ubat Duphaston ni.  Tapi semua rasa itu akan hilang bila cik P mai..hihi.

Untuk IUI kali ni saya byk baca blog2 kawan2 TTC yg dah berjaya hamil. Ambil semangat diaorg.  Dan kebanyakan yang saya baca..dlm tempoh 2ww kebanyakan diaorg usap2 perut ckp ngan baby..bayangkan ada baby dalam perut. 

IUI yang terdahulu saya mmg ada buat cam tu.  Bila period jer saya akan sedih sgt2. Bukan saya sorang yg berangan..dgn Encik B sekali berangan2..cakap2 ngan baby. 

Dan untuk kali ni..saya takut nak buat cam tu. Saya takut nnt saya akan sedih yang lebih teruk. Bila saya bercerita ngan sorang kakak di ofis..dia kata "Allah beri mengikut sangkaan hamba-Nya". 

Maknanya, Allah akan beri ikut apa yang kita fikir.  Perkara ini pernah je terjadi dalam hidup saya.  

Dulu2 saya menyewa di rumah apartment kos rendah.  Masa tu sedang hangat bercinta.  Saya tak ingat bila, tapi saya pernah kata kat Encik B, saya nak hidup dengan rumah yang sederhana atas tanah (sebab since dok KL mmg dok rumah bertingkat2 dan mmg rasa tak mampu nak beli rumah atas tanah), kereta biasa2 dan hidup simple jer.

Sekarang ni saya dah dapat semua tu.  Sy dah ada rumah atas tanah. Sy nak rumah biasa2 tapi Allah beri rumah yang besar. Saya ada kereta. Skrg ada 2 biji. Kancil (dah habis bayar pun) dan MyVI. Cukup la nak gi keje dan balik kampung. Hidup sy simple jer dengan income yang sangat2 ok.  So semua ini dari angan2 sahaja yang Allah dah berikan.

Dan sepatutnya, untuk IUI kali ini saya harus berangan lagi. Membayangkan benih suami dan benih saya bercantum. Berkembang dan bergerak ke rahim dan melekat di dinding rahim.  Bercakap2 ngan baby dalam perut. Supaya sangkaan itu menjadi kenyataan.

Tapi sehingga ke hari ini saya rasa tak mampu nak membayangkan. Sbb saya TAKUT....

Sekarang saya banyak membina kekuatan dalaman untuk menerima apa jua ketentuan. 

Untuk tunggu smpi habis 2ww saya akan confuse.. mana satu saya nak buat.  Sama ada berangan perkara yang syok2 atau menguatkan hati dan diri utk menerima hakikat..

Tapi satu perkara yang saya sangat yakin..Allah berikan yang terbaik untuk hamba-Nya.  Itu je yang saya pegang!!

Sekian. Wassalam.

p/s :: tak sabar utk bercuti di Cherating..


2 comments:

  1. CPT, i really feel what u feel now. Sbb mcm tu la yg i dok pikir masa my 2nd IVF. I takut nak berharap sebab nanti takut kecewa. Lagi banyak i berdoa, lagi tinggi harapan i. Lagi banyak i imagine yg baik2, lagi tinggi impian i. And bila x jadi, i takut kekecewaan i teruk sgt... Tapi,bila baca article tentang 'Allah itu adalah apa yang kita sangkakan', i cuba jugak untuk imagine yg baik2 dan teruskan berdoa. Mcm yg u tulis, Allah knows better kan... kita pegang yg tu je la...

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah...kagum dengan kekuatan cik puan tipah,semoga Allah berikan rezeki kali ni..aminn=)

    ReplyDelete