Wednesday, 30 May 2012

Peminjam gagal dalam saman terhadap PTPTN

Peminjam gagal dalam saman terhadap PTPTN


KUALA LUMPUR 30 Mei - Seorang peminjam yang disenarai hitam atas dakwaan gagal melunaskan pinjaman pengajiannya, gagal dalam samannya terhadap Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Hakim Mahkamah Sesyen, Unaizah Mohd. hari ini menolak saman pegawai bank Mandeep Singh terhadap PTPTN dengan kos.

Dalam keputusannya Unaizah berkata, selepas mendengar keterangan daripada saksi-saksi dan hujah dari kedua-dua pihak, mahkamah mendapati plaintif (Mandeep) gagal membuktikan dakwaannya terhadap PTPTN.

Pada 20 September tahun lepas, pegawai bank, Mandeep Singh memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen Sivil terhadap PTPTN bagi memfitnah dan ditahan secara salah selepas beliau disenarai hitam atas dakwaan gagal melunaskan pinjaman pelajarannya.

Mandeep berkata, di bawah perjanjian pinjaman pelajaran bertarikh 9 November 2006, PTPTN telah bersetuju meminjamkan RM48,000 kepadanya.

Mandeep, 27, menuntut RM19,000 sebagai ganti rugi khas bagi tiket penerbangan dan tempahan hotel, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Beliau mendakwa telah ditahan pegawai imigresen di Terminal Penerbangan Tambang Murah di Sepang pada 6 Julai tahun lepas semasa beliau mahu berlepas untuk bercuti di Guangzhao, China.

Katanya, beliau dimaklumkan oleh pegawai imigresen berkenaan yang namanya telah disenarai hitam dalam pangkalan data imigresen.

Bagaimanapun, beliau berkata, PTPTN gagal memadamkan namanya daripada pangkalan data itu walaupun beliau telah memaklumkan kepada PTPTN untuk berbuat demikian.

Susulan kejadian itu, beliau mendakwa dirinya telah diaibkan di depan orang ramai dan mencemarkan imejnya.

Mandeep memberitahu pemberita, beliau akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan hari ini di Mahkamah Tinggi. - BERNAMA

sumber  :: utusan

******************************************************************************

moral of the story : sebelum ke luar negara, check dulu dengan imigresen sama ada kita ni black list dan yang kedua, bayar la hutang. Sikit2 pun PTPTN terima dan tak la kena black list.

WW :: Kuah Fav Roti Canai

Ikan patin masak tempoyak makan bersama roti canai..mmg gempak

Saya suka juga makan roti canai cicah air teh..sedap


p/s :: kuah ape yang biasa korang makan dgn roti canai selain drpd dhal, kari & sambal??
 Kalo ada yang pelik2, boleh la try..hehe

Tuesday, 29 May 2012

Jentikan Kasih

Buat sahabat TTC & mereka2 yang sedang diuji....

Dikongsi dari blog Ustaz Pahrol Mohd Juoi

*********************************************************************************

JENTIKAN KASIH…

Masih teringat ketika masih kanak-kanak di kampung dahulu. Apabila hujan lebat, kita begitu seronok bermain air. Tidak kira di tepi sungai atau berhampiran tali air. Kita ketawa, gembira dan terjerit-jerit dengan kawan-kawan.
 
Tetapi tidak lama… ibu akan datang dengan ranting kayu menyuruh kita pulang. Kalau tetap berdegil, kita akan menerima habuan. Apalagi, kita pun menangis. Sewaktu itu kita tertanya-tanya, mengapa ibu menghalang kita berseronok-seronok?

Kini kita telah dewasa, kenangan itu masih basah dalam ingatan. Kita tersenyum. Kenangan itu adalah bukti kasih sayang ibu. Sekarang kita faham, ibu melarang kerana kasih. Ibu merotan kerana sayang. Bukan kerana ibu cemburu, jauh sekali benci apatah lagi untuk mendera. Ibu nampak apa yang kita tidak Nampak. Kita hanya memikirkan suka, ibu memikirkan bahaya. Ya, kerana keprihatinan ibu menjaga kita sewaktu kecil itulah menyebabkan kita masih di sini.

Begitulah dengan ujian-ujian Allah. Ia begitu perit, pahit dan menyakitkan. Kita inginkan kejayaan, Allah berikan kegagalan. Kita inginkan pertemuan, Allah takdirkan perpisahan. Manis yang kita impikan, pahit yang menjadi kenyataan. Mengapa? Jawabnya, itu adalah yang terbaik untuk kita. Ujian Allah umpama ‘rotan ibu’ kepada anaknya yang degil. Ibu merotan kesah kasih sayang, Allah lebih-lebih lagi…kerana kasih sayang Allah jauh lebih tinggi, lebih murni daripada kasih seorang ibu terhadap anaknya.

Sayangnya, kita hamba yang ‘buta’. Kita tidak nampak di sebalik segala keperitan dan kesakitan ujian Allah itu adalah kasih sayang jua. Dahulu kita adalah anak kecil yang tidak memahami di sebalik larangan dan kemarahan ibu. Kini kita adalah hamba yang jahil kerana gagal memahami dan merasai kasih-sayang Allah di sebalik segala ujianNya. Dahulu kita menangis, apabila dipukul ibu. Kini kita ‘memberontak’ dan bertanya, mengapa Tuhan takdirkan kesusahan dan kepedihan ini ke atas diriku?

Mengapa kita belum dewasa menghadapi ujian Allah? Kenapa kita belum mampu tersenyum seperti seorang anak yang telah dewasa sewaktu mengenang kembali memori silam sewaktu dia dipukul ibunya? Kita seharusnya mampu ‘tersenyum’ ketika dipukul oleh takdirNya. Atau sekurang-kurangnya tunduk akur, menyerah dan pasrah pada ketentuan-Nya. Katakan pada hati, “Ya Allah, aku layak diuji. Aku hanya hambaMu. Di sebalik ujian ini aku yakin ada kebaikannya. Cuma kerana kelemahan dan kejahilanku… aku belum nampak wahai Tuhan. Namun aku tetap yakin di sebalik semua ini tetap ada kasih sayangMu.”

Marilah kita teladani Nabi Muhammad saw apabila ditimpa ujian, baginda sering berkata, “aku hamba Allah, Allah tidak akan mengecewakanku.” Ini kerana baginda yakin bahawa pada setiap ujian Allah terselit hikmah yang pasti memberi kebaikan, lambat atau cepat, tersurat atau tersirat. Justeru, orang yang ‘arifbilllah’ (mengenal Allah) seperti Ibnu Ataillah pernah berkata, “Barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pen­deknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.”  Maksudnya, seberat mana pun ujian yang Allah timpakan, pasti ada kasih sayang yang mendasari dan mengiringi  ujian tersebut. Namun, akal yang matang berfikir dan hati yang tenang berzikir sahaja dapat merasai hikmah di sebalik setiap mehnah.

Telitilah firman Allah ini, Al-Baqarah Ayat 216 : “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” Ilmu kita yang terbatas, tidak akan dapat menjangkau ilmu Allah yang Maha luas. Kita hanya nampak yang dekat, Allah nampak yang dekat dan yang jauh. Kita hanya nampak guruh dan hujan, rupanya Allah hendak menghadiahkan pelangi!

Alangkah indahnya kehidupan ini apabila kita sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan menerima segala ujiannya dengan sabar. Pahit, tidak cepat diluah. Pedih, tidak segera disanggah. Anak yang dewasa akan tersenyum dan berterima kasih dengan ketegasan ibu terhadapnya sewaktu dia masih kecil. Mujur ibuku memarahi ku dahulu, jika tidak… kini aku tidak berjaya. Syukur, ibuku telah merotanku sewaktu aku kecil dahulu, itulah yang menyebabkan aku menjadi ‘manusia.’

Syukur kepada Allah yang mengurniakan ibu untuk kita. Semakin tinggi rasa terima kasih kita kepada ibu, sewajarnya semakin tinggi pula syukur kita kepada Allah. Tanpa ibu, siapalah kita… namun tanpa kasih sayang Allah, tiada ibu, tiada kita. Antara nikmat Allah yang tidak boleh kita dustakan ialah nikmat ibu. Namun, lebih tinggi sepatutnya kesyukuran kita kepada Allah… yang telah mendidik kita dengan ujian-ujianNya.  Yang sering menjentik kita dengan kasihNya.

Dengan jentikan (ujian) itulah iman dan Islam kita dewasa. Dengan mehnah itulah kita mendapat hikmah. Dan dengan hikmah itulah kita menagih syurga!

*********************************************************************************

p/s :: Allah aturkan yang terbaik untuk kita..

Monday, 28 May 2012

Praktis sebagai Mama & Papa

Minggu ini, saya dan Encik B akan praktis sebagai mama & papa utk 2 orang budak. Bukan sape pun anak kakak. Sorang tahun 5 & sorang tahun 3. Ini kira praktis anak dah besar yek!!

Diaorang sibuk nak bercuti kat rumah baru pak teh aka Encik B. Ibu dia beri keizinan 1 minggu utk duduk kat umah kitaorang. Sabtu minggu ni..hantar balik diorang.

Masalah kitaorg..dua2 orang tak boleh nak cuti. Cam mana nak jaga 2 orang budak ni sementara kitaorg gi keje. Mak aii pening kepala. So kitaorg dah aturkan program seperti berikut :-

Isnin - gi kem solat. Dari pagi smpi petang. OK
Selasa - Ayah chik akan dtg jaga. Cuma kena tinggalkan kereta. OK
Rabu - Tak tahu lagi...
Khamis - pun sama cam hari Rabu
Jumaat - Kitaorg cuti..mgkn gi jalan2 KL.
Sabtu - Hantar balik

So, start semalam, kerja rumah bertambah. Kena settlekan basuh baju hari2. Biasa la budak2 pakai baju byk. Pastu kena sediakan makan minum..huhu.

Kalo hari Rabu & Khamis duduk kat rumah..so kena la bangun awal pagi sediakan makanan utk diaorg. Fuhhh... maknanya masa tidur berkurangan..hehe.

Apa pun kitaorg happy sebab ada ramai kat rumah. Kalo tak berdua + sorang yang jarang bertemu tu. Pak Teh skrg dah jadi sgt tegas..huhu. Sy lak yang takut.

Friday, 25 May 2012

Selamat Hari Lahir Ayah


25 Mei 2012 adalah hari lahir ayah ke-57. Dah setahun ayah memegang status cikgu pencen.

Pagi tadi OTW gi keje call ayah. Wish birthday ayah. Ayah tanya mana kek & hadiah. Ohh..kek kita suh cik chef la buat..hadiah? Tak cari pun lagi..hehe. Teruk punya anak!

Rasa sgt terkilan tak dpt balik kg this week. Terlalu byk program minggu ni..ada yang bertindih2. Kalo tak, akak boleh la buat kek pelangi utk ayah. Kalo malas nak buat..kita beli kek dan masak best2 kat umah..mesti seronok kan!

Akak sayang sangat kat ayah. Akak tak boleh nak bayangkan jika ayah tiada. Semua orang bergantung kat ayah.

Mak - Semua urusan rumah ayah yang settlekan. Beli brg rumah, lauk pauk, bayar bil2. Kalo ayah takde, mak la kena uruskan sorang2 yek..hehe.

Akak aka Cik tipah - Ayah tiap2 bulan pergi bank byrkan duit kereta akak. Dr mula beli smpi skrg. Dah 7 tahun. Roadtax pun ayah uruskan. Ckp jer "Ayah roadtax kereta dah nak mati." nnt ayah settlekan. Walaupun ada Encik B..ayah masih buat kerja tu semua. Kadang2 bila kering2 poket ni..mintak kat ayah. Kalo nak makan lauk best2..request kat ayah. Kalo ayah takde, gigit jari buat sendiri la.

Cik Misi - Sama macam akak. Semua ayah settlekan untuk dia. Termasuklah gaji dia ayah tolong uruskan. Tolong simpankan, tolong laburkan bg byk. Segala macam ayah buat utk dia. Kalo ayah takde, kena buat sendiri la yek..pandai2 la.

Cik Chef - Ini lagi sorang anak dara ayah yang suka merengek kat ayah. Minta semua kat ayah, sure ayah bagi. Ayah adalah penyokong setia cik chef bila cik chef kena marah ngan mak. Ayah akan support cik chef.  Ada masa mak kena marah ngan ayah..sbb selalu sgt marah cik chef..hehe. Ayah mmg tak nak lepas cik chef keje jauh2 ngan ayah. Biarlah ada dpn mata dia. Cukup la Akak dan Cik Misi keje jauh. Kalo ayah takde, sape nak sokong ko adik manis??

Tauke Sayur - Ni anak syg ayah. Anak lelaki sorang. Semua benda ayah buat utk dia sbb ayah mmg tak nak bagi dia kerja jauh. Semua benda ayah tolong planning kan utk adik. Segala idea ayah bagi utk bisnes dia. Kalo ayah takde, sape nak buat utk ko adik??

Saya dan cik misi pernah fikir soalan ini...apa akan jadi kalau ayah takde. Semua orang bergantung sepenuhnya pada ayah. Masa borak2..menangis kitaorang berdua. Tidak boleh dibayangkan.

Sementara ayah ada...kami nak buat ayah gembira, nak bagi ayah happy, nak beri yang terbaik utk ayah, tak nak bagi ayah marah dan semuanya utk ayah.

"Ayah, Selamat Hari Lahir. Akak sayang ayah kerana Allah"