Tuesday, 11 September 2012

Yazid Burger (YB) - Super Big Size Burger

Mesti korang pernah dengar pasal burger ni. Rasanya pernah kuar TV3. Saya tahu pun daripada tv jugak la. Rancangan apa tak tahu.

So, mmg bercita-cita la nak makan YB ni. Tapi tak pernah berkesempatan. Pernah sekali balik kelas ngaji, dlm kul 10.30 mlm gi memusing seksyen 7 Shah Alam nak makan YB ni. Ntah mana kitaorg sesat pastu makan kat Pak Li Kopitiam kesudahannya.

Hari Sabtu lepas tu tak planning pun nak makan YB. Disebabkan cik misi nak cari tudung kitaorg di Seksyen 7 Shah Alam. Sebelum tu, gi puchong cari barang rumah dah melantak sepuasnya. Masalah juga nak cari kedai ini..sebabnya alamat dia Medan Selera Anjung Seksyen 7 Shah Alam sahaja. Jalan apa dia tak bagitau. Cari dlm google maps tak jumpa pun medan selera.

Lepas solat maghrib kat petronas seksyen 7 tu, tanya la pekerja station tu..dia pun tak tahu. Pastu belasah jer..gi belakang Unisel..dan akhirnya..jumpa jugak medan selera tu..

Kitaorg cari parking..nak masuk kat medan ada kedai nasi arab. Org ramai. Mgkn sbb malam minggu. Bila dah jumpa tu...Encik B la paling excited. Dia nak order burger 1kg. Mmg kena marah la...sbb semua org masih kenyang lagi...nak makan burger besar2.. So sy order burger 1/2kg untuk 4 org makan. Harga RM20.  

ni la rupa burger yg diorder


1/2 kg burger

Kesimpulannya..YB ni sedap. Daging dia mmg tebal..dan purely daging la. Kalo nak gi makan..pergi la beramai2..kalo berdua tu cam tak berapa best jer..

Ini website kedai Yazid Burger : http://www.resepiyazidburger.com.my/home.html

Cara nak gi kedai YB ni..

Dari Federal highway..masuk susur Padang Jawa/I City. Trafik light ambil ke kanan. Lalu 3 trafik light dan yang ketiga tu nnt nak u-turn. Make sure..sblm u-turn tu nmpk petronas dan Unisel sebelah kanan. Bila dah u-turn tu..masuk simpang di antara Unisel dan petronas..terus je. Nnt jumpa medan selera sebelah kiri anda yek.

Ok..korang try lak yek!!

p/s :: apa pun burger ramly jugak sedap..hehe


Monday, 10 September 2012

Busy dan Panik

Assalam semua,

Lama tak bersiaran.  Ini kerana 2 sebab iaitu sibuk..sibuk..sibuk dan yang kedua ni sbb login blog tapi tak kuar dashboard. Berhari-hari begitu..sehingga panik dan akhirnya jumpa juga solutionnya.

Last post masa 27 Ogos. Subuh2 28 Ogos dah ke KLIA untuk terbang ke KK sbb ada seminar. 3 hari di KK. Mmg tiada aktiviti berjalan sbb tiada mood nak berjalan. 29 Ogos tu, seminar mmg padat dari pagi smpi malam. 30 Ogos tu..balik awal, tak sempat penutup dah blah..sbb flight kul 1 lebih tghhari. Smpi KLIA, kena tunggu Encik B hbs kls dlm kul 6.30 ptg. Pastu gi USJ ambil barang..pukul 9 lbh br smpi rumah. Dah smpi tu, tlg Encik B buat keje merepek. Tido2 dalam kul 12 mlm.

Esok pagi subuh2..kemas baju balik kg lak. Pack semua baju kotor..unpack baju dr KK pastu pack baju blk kg lak. Baju kotor 2 beg ikea..huhu. Mujur la rumah mak mesin basuh 16kg..pe ada hal kan?? Kul 8 pg dah gerak balik kg. Dok kg 3 hari.  Hari Ahad subuh2 dah gerak blk KL. Smpi KL terus pengsan sbb takde rest utk seminggu ni..hehe.

Hari Isnin start keje yang paling tak best untuk musim ini. Subuh2 dah gi ofis. Nak settle keje sblm meeting start kul 9 pg. Meeting dari pagi smpi petang. Dari hari isnin smpi jumaat. Pening kepala otak tgk figure..huhu. Isnin tu start puasa ganti & sunat..sempat smpi hari Khamis jer..sbb Jumaat ada jamuan jabatan.
Rasa tak cukup masa sejak naik cuti raya ni. 

Masa minggu busy tu sempat la buka blog. Rasanya hari Isnin boleh buka..kuar warning suruh tukar ke new interface. Buat tak tahu. Sbb suka guna old interface..lebih friendly lagi..hehe. Bila hari Selasa, log in blog..dashboard tak kuar..yang kuar warna putih jer. Tgk kat bawah..dia tulis done. Tp satu benda pun tak kuar. Pastu rilex la..ditambah dgn busy. Esoknya try lagi..sama jugak. Hari Rabu try lagi..sama jugak tak kuar pe2. Hari Khamis try lagi..tak kuar jugak. Dah mula mengelabah..hehe.

Hari jumaat try log in..sama jugak. Sbb datang keje subuh2..so sempat la google. Mula2 dia kata mungkin IE yang tak ok. Try update yg new version. Dia kata notebook ni dah latest IE . Tak boleh jugak. Pastu tu..tak tahu klik apa..dia suh download google chrome. Pas dah settle download google chrome terus boleh log in dan keluar dashboard new interface..hehe. Lega jap..kalau tak..rasanya berkubur jugak blog ni..buat blog baru jer..hehe. 

Walaupun tak selalu update blog..tapi panik jugak bila jadi cam tu..seriusly sy bukanlah master dlm blog2 ni. Bila jadi yang merepek meraban ni panik jugak. Nak tanya Encik B dia lagi tak tahu pasal blog..hehe. Anyway..ok gak la..klik2 boleh settle..hehe.

Sekian.






Monday, 27 August 2012

Cek Darah

Assalamualaikum...
 
Fuhh semua orang dalam mood raya lagi. Saya dah berkurang mood raya...hehe (berlagak sungguh!!) sebabnya..hari sabtu dah dok kat kl..hari ahad seharian bermood bermalasan. So hari ni..dah hilang sikit mood raya. Sbb esok dah mood naik flight. Fuhh penuh aktiviti minggu ini.
 
Tak mau citer pasal raya..sebab raya biasa sajer..Penuh isu kontraversi sepupu sepapat yang tak sedar diri. Soalan cepu emas untuk tahun ni tak lebih dari 1 soalan sajer..sepupu sorang tu jer bertanya. Boleh dimaafkan sbb mmg lama tak jumpa dia. Bila dtg umah mak dia..memanjang jer dia takde dan tak bersua. Rasanya sepanjang 3 thn kawen ni..tu la kali pertama bertemu dan berborak2..
 
Sebelum raya post pasal entry ini.  Ok.. Allah makbulkan doa saya supaya period saya datang awal. Hari jumaat dia datang dengan hebatnya. Sebelum tu cuma spotting jer. Maka hari ini hari ke-4 period. Dengan itu, saya berjaya juga buat blood test pagi ni. Ini semua dengan izin Allah. Dan yang paling penting..CD21 jatuh pada hari Khamis..yang mana dalam jadual saya masih lagi kosong. So takde hal la nak gi LPPKN tu. Moga dipermudahkan!!
 
Next period, Insya Allah jumpa doc. Berharap sangat usaha ini membuahkan hasil..
 
p/s :: berjaya turun 4kg sepanjang ramadhan ini...harap2 boleh turun lagi!!

Thursday, 16 August 2012

Risau Period Hari Raya



Period dijangkakan pada 27 Ogos 2012. Hari pertama kerja selepas cuti berhari raya. Masalahnya, bulan ini saya perlu buat ujian darah pada CD2-CD5. Ceritanya ada di sini . Jika betullah period tu sampai on time spt yang dijangka..jawabnya kena tunda la ke bulan depan. Sbbnya CD2 tu saya kena pergi ke KK hadir seminar. Balik hari Khamis. Pastu dah cuti hari merdeka + sabtu + ahad. Hari Isnin dah CD8.

Kalau tgk trend period 2,3 bulan yang lepas <boleh tgk di sini> tempoh period biasanya 25 - 27 hari sahaja. Maka kalau la terjadi sedemikian..Insya Allah boleh la buat ujian darah hari Isnin tu.

Berdoa sgt..period dtg awal..
Dah excited nak continue treatment ni..hehe.
Kalau tidak..bulan 9 baru buat ujian darah..bulan 10 baru jumpa doc..mak ai..lama la lagi..huhu
Apa2 yang akan terjadi hanya dengan izin dan ketentuan Allah..

Selamat Tinggal Ramadhan..Selamat Datang Syawal


YA ALLAH, MOGA KAMI SEMUA DAPAT BERTEMU SEMULA DENGAN RAMADHAN AKAN DATANG. PANJANGLAH USIA KAMI DENGAN PENUH BARAKAH, KAU PERKENANKAN DOA-DOA KAMI,  TINGKATKANLAH IMAM KAMI DAN KAU AMPUNLAH DOSA-DOSA KAMI. MOGA KAMI SEMUA DI DALAM LINDUNGAN MU YA ALLAH


SALAM AIDILFITRI UNTUK SEMUA DI ALAM MAYA INI. MOHON AMPUN & MAAF JIKA ADA PENULISAN, KOMEN YANG MENYINGGUNG PERASAAN. SEMOGA AIDILFITRI MEMBERIKAN SEMANGAT BARU UNTUK KITA SEMUA.



p/s :: malas nak taip..harap selepas ini lebih rajin..yuhuuu

sumber gambar :: google