Wednesday, 27 June 2012

27 June 2012 - Happy 3rd Anniversary




Semoga kita kekal bahagia selamanya, dari dunia hingga ke syurga.

p/s :: rasa seperti semalam jer baru akan nikah...tapi ia telah berlalu 3 tahun dahulu..cepat sungguh masa berlalu..

Tuesday, 19 June 2012

CD9 :: EWCM

Assalam. Quickie update. Bz bebenor sgt la ni..hahaha

Smlm CD9. Smlm byk sgt keluar EWCM. Ok la..boleh consider ovulation kot. Tak pernah ambil BBT so tak tahu ovulation tu bila. Cycle yang lepas pun EWCM pun pada CD8/CD9. Pas pada tu...mmg tak jumpa dah hingga la period.

Sbnrnya terkejut gak jumpa EWCM yang begitu byk..sbb cycle ni sy tak ambil sebarang ubat/supplement. Dulu time makan EPO mmg ada jumpa la EWCM ni. Tapi masa dok makan clomid..mmg takde. Cuma tahu ovulation melalui TVS bila jumpa doc.

Apa pun try jer kan..tapi harapan masih tiada lagi.

Teringat kat kata2 ustaz ni kat radio IKIM"Apa yang berlaku kepada kita telah ditentukan oleh Allah..tidak ada kebetulan. Usaha dan doa itu perlu sebagai tanda kehambaan kita kepada Allah. Apa pun tawakal kepada Allah"

Ustaz kelas mengaji pulak ckp "Allah memberi dugaan sbb Allah nak uji sama ada kita sebagai hamba ini mampu / tidak utk mengharunginya ujiannya. Bersangka baiklah sepanjang hayat kita kepada Allah. Kerana Allah mengaturkan yang terbaik utk hambanya. Jgn menyalahkan takdir" Ustaz bagi contoh..orang tu jahat..dan nak berubah jadi baik. Masa dia jahat..takde pun dugaan/ujian yang diterima. Tp bila dah jadi baik..byk sgt ujian. Knp begitu..sbb Allah nak tgk bagaimana kekuatan orang itu utk jadi baik. Jika dia dpt tempoh semua ujian itu, Allah akan berikan yang lebih baik utknya. So fikirkan dalam situasi kita sekarang..

Wokeehhh..sekian.

Wednesday, 13 June 2012

WW :: Bola Punya Pasal


capture dari atas katil di bawah comforter..sungguh nyaman

Beginilah rupa rumah takde astro
Tgk bola kat internet jer yek!
Mujur la pakai unifi..laju. Takde la tersekat2.
Gambo clear.
Live kat TV3..byk game yg tak bape nak best.
Bilik bertarabur dek wayar yg berselirat..
Beginilah orang gila bola..gigih!! 

p/s :: Encik B tgh survey Dreambox. Bila dah ada baru boleh citer.

Tuesday, 12 June 2012

Bulan Jun Pun Busy Gak..

Tajuk - Ntah apa2.. Biasa la kepala pening tak cukup tido (sape suh tgk bola..padan muka!!!)

Ingatkan masuk bulan Jun boleh la relax sikit..takde maknanya..

Penuh ngan aktivitinya...Ini baru aktiviti ofis..

13 - 15 Jun ~ Bengkel kat Melaka
18 Jun ~ Meeting. (Mesti pagi sampai petangnya..)
25 - 29 Jun ~ Kursus. Hari Jumaat siap ada exam lagi. Harap2 boleh jwb.
02 - 03 Julai ~ Conference kat Subang.
21 Julai ~ Dah nak puasa

Aktiviti rumah ada lagi..
16 Jun ~ Ayah ajak balik kg. Tgk nenek.
17 Jun ~ Ada perlawanan bola kejiranan pagi. Yg pompuan kena bawa makanan (pot luck). Picnic tepi padang.
21 Jun - 24 Jun ~ Blk T'ganu. 23/06 tu ada kenduri kat Kuala T'ganu (rasanya tak gi kot)
30 Jun ~ Kenduri kat kg. Harus blk. Mak kena masak. So sy kena tolong.
12 Julai ~ Cik Misi tu blk Malaysia. Harus kena gi ambil di kat airport. barang byk.
21 Julai ~ Dah puasa

Mak aii..busynya saya...
Masalahnya..byk masa takde kat ofis..nnt keje kat ofis sape nak buat..haru jap.  Nak cuti pun takut nak apply..sbb rasa ada lagi keje tak beres ni. Takut boss tak kasi..

Aktiviti rumah pun banyak..mmg ada la bulan Jun ni saya tak mengemas rumah..harunya saya!!
Cam mana nak buat ni!!!

Moga dipermudahkan semua urusan ni. Moga Allah beri kesihatan dan kekuatan.

Orang lain busy tak???