Tuesday 18 November 2014

#IVF/ICSIJourney :: Kos Keseluruhan IVF/ICSI/ET/FE

Assalam..

Sebenarnya saya sendiri belum kira kos keseluruhan lagi.  So sambil buat entry ni, tgk resit dan tekan calculator.  Yang saya tahu, saving yang diperuntukan untuk tujuan ini habis digunakan.
  1. #IVF/ICSIJourney :: Start cucuk & Ujian SST - RM 534.50 + RM 228.00 = RM762.50 (Kos termasuk ubat buserelin 2 botol, folic acid, ujian darah, ultrasound dan ujian survival sperm test (sst))
  2. #IVF/ICSIJourney : Appointment 2 - RM2,836.10 (kos termasuk ubat puregon 6 box, ujian darah, ultrasound) 

  3. #IVF/ICSIJourney :: Ultrasound 1 -  RM497.10 (kos termasuk ubat puregon 1 box dan ultrasound)

  4. #IVF/ICSIJourney :: Ultrasound 2 - RM83.90 (kos termasuk ubat pregnyl, urine test dan ultrasound)

  5. #IVF/ICSIJourney :: OPU & #IVF/ICSIJourney :: Fertilization / Persenyawaan - RM4,077.60 (termasuk OPU(RM1,500), ICSI (RM2,500), ubat crinone (progesterone gel))

  6.  #IVF/ICSIJourney :: Embryo Transfer & Frozen Embryo - RM1,091.80 (termasuk ET(RM500), Embryo Freezing (RM500) dan ubat Duphaston)

Maka setakat hari ini, kos keseluruhan adalah RM9,349.00.  Kos ini belum termasuk ujian darah Beta Hcg dan lain-lain kos selepas ini.  Kos ini adalah di klinik LPPKN.  Mgkn kos ini tidak boleh dibandingkan dengan kos di hospital swasta.  LPPKN adalah agensi kerajaan yang mana sebahagian kos mgkn disubsidi oleh kerajaan.  

Kos juga akan berbeza diantara pesakit bergantung kepada ubat yang digunakan.

Takde niat nak menunjuk ke apa. Cuma untuk rujukan kepada sesiapa yang ingin mencuba ivf di LPPKN.  Blh bajet wang yang perlu dibawa setiap kali berjumpa doktor.  Di LPPKN boleh guna kad kredit bagi pembayaran yang melebihi RM100.  Untuk OPU, nurse akan beritahu jumlah wang yang perlu dibawa.  Masa appointment untuk ambil ubat puregon tu mmg tiada siapa beritahu kos ubat.  Masa tu pandai2 bajet sendiri.

Sejujurnya kebanyakan pembayaran saya guna kad kredit.  Lebih selamat daripada nak membawa duit yang banyak.  Bajet untuk rawatan ini saya simpan di dalam saving account.  Bila dah caj kad kredit, beberapa hari lepas tu saya bayar.  Ini cara saya.  Mgkn ada cara yang lebih baik dari itu boleh dikongsi bersama.  

Ok. Setakat ini je la. Hari ni dah catat rekod paling byk entry.  Tak pernah terjadi sepanjang menaip blog ni..hihi.  

Wassalam.

17 comments:

  1. Asalamualaikum Cik Puan Tipah :) salam perkenalan..terima kasih atas infonya..saya br je mulakn treatment di LPPKN memang nak sangat tahu kos ivf ni.. Moga Allah mudahkan semua urusan Cik Puan Tipah,insyaAllah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam ngkhoo shoot..
      salam perkenalan..

      Delete
  2. Sukeee sgt baca experience awak dan info2 psl kos ivf/icsi ni. Sgt2 berguna utk ttcian lain.. baby dust to you dear

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.

      Masa nak buat entry ni, banyak kali fikir perlu ke tidak. Ye la takut orang salah anggap pula. Bila lama fikir rasanya perlu untuk orang2 yang sedang berkira2 utk buat ivf. Atleast boleh bagi hint..hihi.

      Delete
  3. thanks sbb sudi share pasal kos ivf kat sini.. hope berjaya la IVF cik puan tipah

    ReplyDelete
  4. Semoga berjaya ye CPT...inshaAllah, dah ada tanda2 positif tu....

    ReplyDelete
  5. saya doakan puan berjaya... InsyaAllah..

    ReplyDelete
  6. Semoga Allah perkenankan doa2 kita..Amin.

    ReplyDelete
  7. CPT...ni kos dia ye kalo buat kat lppkn. Boleh claim semua ke lepas ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunga Lily,
      Setahu saya kos ubat blh claim..tapi saya belum tanya HR lagi.

      Delete
    2. Maksudnye procedure tak boleh claim ke CPT?

      Delete
  8. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete
  9. salam...dari 9k lbh ni, berapa byk yg blh claim semula...

    ReplyDelete