Tuesday 30 April 2013

Penyata Kewangan 2012 :: Siap Juga Akhirnya..

30 April 2013 adalah tarikh keramat untuk saya dan Penyata Kewangan 2012 (PK2012).

Dengan pelbagai masalah dan dugaan akhirnya PK2012 telah selamat dibentang, disahkan dan dihantar ke Audit Negara tepat pada masanya. Ni baru selesai fasa 1.  Fasa kedua - audit datang semak dan Fasa Ketiga - exit conference bakal menyusul selepas ini.

Ucapan syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt.  Semuanya berjalan dengan lancar hanya kerana dengan izin-Nya.

Rasanya utk thn 2012 paling banyak rintangan berbanding tahun2 dulu. Paling dugaan besar adalah trial balance tak balance dan figure pemiutang tak balance.  Kalau tak balance banyak tu ok la...ni tak balance 14 sen. Gilo!!! Sebelum tu ok je. Bila masuk je 1 April 2013 semua jadi lintang pukang. Mesyuarat di jadualkan pada 16 April 2013. Maka kertas kerja perlu dihantar ke urusetia pada 11 April 2013.  2 hari sebelum tu mesti bagi bos semak. Sehingga ke 10 April 2013, trial balance masih belum balance. Yang nak buat semua ni orang IT.  Ye la..semua guna sistem.  Sistem pun biol jugak time2 begini.  Minggu tu otw gi kerja mesti nangis dlm kereta.

Sehingga 12 April 2013, satu benda pun belum siap juga. Pagi tu mmg menangis gila babi dan berdoa kepada Allah. Dan pada waktu tu berserah jer. Apa nak jadi..jadi la.  Niat di hati sabtu ahad ni pulan la buat PK.  Dijadualkan pagi tu ada mesyuarat pengurusan akaun bersama big bos dan ketua jabatan lain. Masa miting, big bos telah tangguhkan mesyuarat.. Apa lagi..suka yg amat. At least ada la masa untuk buat.  Masa tu hanya Allah sahaja mengetahui perasaan suka. Mesyuarat ditangguhkan kepada 23 April 2013. Tempoh seminggu tu sgt bermakna..

23 April 2013, PK selamat dibentangkan di dalam mesyuarat. Semua ok. kesilapan pun tak byk sgt. 25 April 2013 di sahkan dalam council meeting. Dan hari ni 30 April 2013, Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 2012 telah selamat di hantar kepada Pengarah, Jabatan Audit Negara...

Fuhhh habis Fasa 1.  

Mgkn ada yang baca ni rasa cam poyo2 jer. Tapi ia sgt memberi kesan kepada diri saya. Bekerja dengan DEADLINE dan UNDER PRESURE membuatkan diri ini hilang kewarasan. Rasa nak putus nyawa pun ada... Setiap masa memikir pasal kerja. Dari bangun tidur sampai la ke tidur bawa terus ke dalam mimpi.  Yang best tu boleh lak dapat idea cam ne nak balance dalam mimpi...hihi. Dalam solat dan dalam jammed tu mmg biasa dapat ilham..

Oleh kerana nature kerja yg sebegini rupa, saya mengambil keputusan untuk tidak membuat sebarang treatment dan memikirkan langsung pasal TTC. Bukan apa...malas nak menambahkan masalah dan nak menangani perasaan yang tak tentu arah ni...hihi.

Moga untuk tahun 2013 tidak berulang lagi perkara yang sama..segala tindakan pembetulan dapat dibuat dengan segera..(peringatan untuk diri sendiri yang suka buat keje last minute!!!)

Sekian.

p/s : rasa nak bersara awal jer..



No comments: