Friday 30 March 2012

CD 12 :: Ovulated dan Malas Nak Fikir

Sebenarnya CD 12 jatuh pada 28 Mac 2012. Tapi selepas 2 hari baru nak buat entry.

Alasan yang paling best adalah BUSY. Memanjang pun bz..reconcile tak siap lagi. Dah juling mata ni!!! Akaun dah nak table 18 April ni..sempat siap ke tak ni??
Alasan yang kedua best adalah TAKDE MOOD nak menaip.  Mood telah dibawa semua ke laut china selatan. Buka jer blog..baca entry sahabat2..komen sikit2.  Nak klik new post mmg tak tertekan..hehe. Baru hari ni nak nak buat entry...

Entry ni harus dibuat untuk rekod peribadi saya..hehe.

Ok..appointment hari tu petang. Spt biasa pukul 3 kuar dr ofis. Dan spt biasa nak tunggu masuk bilik doc punya lama. Pukul 4.30 baru jumpa doc.

Bila jumpa doc..mmg dah tahu nak buat tvs. Hasil drpd tvs..sy dah ovulated. Tp ada 1 biji telur yang belum matang dlm ukuran 16.8mm..Ovari sebelah kiri masih ada telur yang kecil2. Daripada tvs tu nampak seperti ada takungan air.  Doc kata bila dah ada takungan air ni..ia telah matang. Ok la doc.

Oleh kerana dah matang..so IUI tak buat yek!!.Ok. Next jumpa doc adalah pada hari period ke 2 atau ke 3.

Keluar dr bilik doc, sementara nak tunggu nurse nak bagi bil..air mata saya dah bergenang. Sedih sgt. Sedih kerana saya rasa sangat letih.  Letih menunggu..letih makan ubat..letih berfikir..dan akhirnya hasil tidak memberansangkan. Time tu saya masih boleh tahan.

Bila dah ambil bil, turun bawah nak buat pembayaran. Masa tunggu turn tu..saya dah mula menangis. Sy cuba tahan..tapi air mata laju jer jatuh. Mujur la orang yang menguruskan pembayaran tu lambat panggil nombor. Sempatlah saya tahan dan lap air mata ni. Dah selesai bayar..saya ambil ubat dan nak balik.

Disebabkan dah pukul 5, saya terus jer balik rumah. Masuk dalam kereta, saya menangis bersungguh2. Sedih yang teramat sangat. Saya tak boleh gambarkan perasaan sy saat itu. Hampir putus asa.

Daripada hospital sampai ke rumah saya menangis. Spt budak2..tapi lantakkan..orang tak tahu apa yang saya rasa. Bila sampai rumah, saya solat asar. Saya masih lagi menangis.

Saya seperti orang yang dah berputus asa. Saya istigfar banyak2. Dan saya berdoa supaya saya tidak tergolong di dalam golongan yang berputus asa.

Hari tu, Encik B balik lambat sbb dia ada aktiviti main badminton. Lepas maghrib baru dia balik. Solat isyak kami berjemaah. Lepas baca doa, saya salam Encik B..saya menangis lagi. Encik B pun dah tak terkata apa.  Dia pun sedih gak..tapi jika dia bersedih spt saya..harus sy tidak kuat untuk tempoh saat ini.

Saya ckp dgn Encik B utk rest daripada jumpa doc utk beberapa cycle. Saya nak hilangkan penat lelah saya ni dulu. Nak kumpulkan balik tenaga yang telah hilang. Nak kumpulkan balik semangat saya untuk TTC ni. Dan saya telah memikirkan sesuatu yang saya cuba akan laksanakan sebelum puasa. Insya Allah.

Untuk cycle ini, saya tidak mengharap..saya percaya Allah aturkan yang terbaik utk saya.

Saya perlu lebih tabah dan redha. Saya akan jadikan airmata ini menguat semangat saya.

Sekian..

p/s :: kalau la airmata boleh dijual kepada Sultan Mahmud (syarat nak pinang puteri gunung ledang nak 7 tempayan air mata), mgkn side income saya banyak bulan ini..hehe. aarrrrggghhh MEREPEK!!








19 comments:

  1. salam Cik Puan Tipah,

    Banyakkan sabar yer... sedeh memula baca entry awak nih tapi ending saya tersenyum sumbing hehehe andai airmata boleh dijual..... wahai wanita.. kayalah kita kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dhia,
      Bersabar itu perlu..
      Biasa la bila dah sedih sgt tu mula la nak merepek. Kalau boleh jual air mata mesti kita kaya kan..hehe

      Delete
  2. tumpang skali airmata sy. blh dpt 14 tempayan! hihihi.

    tipah, berehatlah kalu itu yg terbaik utk awk. mmg suma ni buatkn kita penat, emotionally. apatah lg physically, tu toksah ckp. take ur time. bila badan, hati n minda dh bersedia, tentu hasil dia lg baik. Insyallah.

    sy doakan yg baik2 saja utk suma kawan TTC ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yannie,
      Boleh jer tumpang sekaki..mmg boleh dpt 14 tempayan tu..hehe

      Saya mmg nak rehat utk 2 3 cycle slps ni. Fikir yang mana terbaik.

      Tq utk doa..semoga Allah perkenankan kita semua utk menjadi ibu..

      Delete
  3. sedih saya bc entry awak..
    saya pernah comment kt entry awak yg lepas yg mana saya kata saya pun patient dr zamri n dah 3x IUI tp semua fail..
    saya rs berehat sementara itu lebih baik drpd kita terus bersedih..
    apa yang penting sebenarnya adalah redha..dan teruskan usaha..mgkin bukan saja melalui perubatan moden,rawatan alternatif boleh juga cuba..
    saya pun da berehat drpd jumpa doctor since okt tahun lepas..
    saya cuba jalani hidup ini dengan tenang dan gembira..
    saya harap awak terus tabah dan kuat..

    insyaallah..ada rezeki kita nanti..
    Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,
      Tq sudi baca entry saya..
      Skrg ni saya mmg redha..dan terima keadaan yg saya skrg. Enjoy masa yang ada dgn hubby sepuasnya..
      Betul tu..Allah lebih tahu..

      Delete
  4. secara ikhlas nya...tiba2 terjatuh plk air mata baca entry ni....
    Saya takpernah lalui sampai tahap jumpa doktor pakar ke aper tapi air mata yang mengalir sebab inginkan zuriat rasa terlalu berat utk dilalui...walaupun tempoh tak selama cik puan..tapi Subhannallah sangat perit, tapi Insyaallah sy doakan awak berjaya utk dapat zuriat yg dinnti.semoga kesabaran sentiasa bersama awak k.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PMSI,
      terharunya..
      masa sy taip entry ni pun saya nangis..hehe
      Bagi yg melalui saat ini akan tahu bagaimana rasanya..tapi semua itu ada hikmahnya..Insya Allah semoga ada rezeki zuriat buat yang telah berusaha bersungguh utk TTC ni.

      Delete
  5. cik tipah, kalo bleh jual air mata, rasanya semua yang TTC dh bleh jadik kaya raya dah :-) semoga terus tabah...banyakkan baca surah al-insyirah...Moga dilapangkan hati dan fikiran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sweet..
      hehe..kalau boleh jual..dah lama orang jual..mesti orang bengkak2 mata nak menangis sbb boleh dpt duit dr airmata..hehe
      Tq..Insya Allah saya cuba amalkan..

      Delete
  6. stuju dgn sweet tooth.. dah bergelen ayaq mata ni tumpah. rasenye kena standby tempat takung ayaq mata kat mana2 - dlm kete, kat opis, kat bilik (of course lah) tapi, bertabahlah ye.. mana tau rezeki dtg tanpa sebarang bantuan rawatan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cherry,
      Ada pulak nnt pusat pengumpulan air mata..hehe
      Insya Allah..

      Delete
  7. Terima kasih sahabat2 semua kerana sokongan..
    Walaupun kita tak pernah bersua..tapi rasa sgt dekat..semoga Allah merahmati kita semua..

    ReplyDelete
  8. Salam Cik Tipah--sedih saya..bila membaca--jangan sedih2x lagi tau... INsyaallah Bila Allah swt dah nak bagi REZEKI anak--ianya akan sampai JUgak...Nangis sket2 jer tau....SIMPAN AIr MATA untuk TAngisan KEGEMBIRAAN pULak NAnti---AMin!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sue,
      Tq. Ok..
      Lepas ni simpan air mata kegembiraan pulak.

      Delete
  9. Cik Puan Tipah, saya lewat tahu berita ini..Harapnya dapat menjalani hidup dengan tenang..Saya pun rasa nak nangis pulak ni..ish..

    Bertabahlah, InsyaAllah kesabaran itu akan memberikan hasil yang sangat manis kerana sabar itu mahal dan tinggi nilainya..

    Citt, saya pulak rasa menggigil nak nangis ni. Jap nak tadah tempayan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. B&C,
      hanya luahan hati yg terpendam.
      Melalui fasa ini mmg mencabar. Hasil daripada kesabaran mmg sgt tinggi nilainya. Moga Allah balas jasa kesabaran kawan2 TTC semua.
      Tadah..jgn tak tadah..hehe

      Delete