Monday 28 November 2011

Laps Ovarian Drilling :: Selesai Sudah

Hari ini hari ke-4 selepas OD. So far semuanya ok. Ini nak story sikit pasal OD. Mgkn boleh jadi panduan kepada yang lain..hehe.

Sebelum OD

Saya admited pada pagi operation tu. So doc dah nasihatkan untuk berpuasa sebelum dtg ke hosp. Pada tgh malam saya dah start berpuasa. Maka sebelum tu saya dah pulun minum air begitu banyak. Sbb risau esoknya pukul berapa boleh minum. Malam tu tak boleh nak tido sbb asyik terkencing jer...hehe...padan muka. 2 3 hari sebelum OD saya dah tak makan ubat metformin. Doc pun nasihatkan juga tak bagi ambil ubat tu sebelum OD takut nnt menggigil. Pukul 8 pg, saya dan Encik B pergi hosp. Proses admission sgt sekejap. Saya perlu duduk di katil sehingga dapat arahan daripada nurse.

Semasa OD

Tak lama pun tunggu. Dalam pukul 9 pagi, nurse datang bawa baju & cap. Tukar baju, pastu nurse check dan naik stretcher. Masa tu dah berdebar2. Time tu mengucap jer..Proses utk operation ini sgt cepat. Sebelum masuk OT, doc anesthetic bagi penerangan dan sign form utk operation. Selesai jer..terus masuk OT. Dalam OT pun sekejap jer...doc anesthetic tu inject ubat bius..terus hanyut. Sedar2 rasa sakit sangat tangan...tmpt masuk drip. Mmg sakit. Kat perut tak sakit mana pun. Rasa tak selesa dengan corong oksigen. Dalam mamai tu boleh ckp kat nurse suh cabut corong oksigen...selamber jer.. tapi mmg sgt tak selesa. Nurse tu cabut jugak la..sbb jantung ok kot..Pastu saya ckp ngan nurse, saya sgt dahaga nak minum air. Nurse ckp balik bilik nnt boleh minum. Dalam 1/2 jam kot..dari saya sedar tu..saya dah di bawa ke balik ke bilik. Sampai kat bilik terus rasa happy, bila dapat tengok Encik B. Tapi time tu mmg mamai..rasa nak tido jer. Sblm tido, minum air dulu..minum air masak jer..minum air pun sikit2..takut muntah.

Selepas OD

Encik B tak boleh teman..sbb nak kena gi solat jumaat. Sy tak kisah sgt sbb saya nak tido. Lg pun Encik B kena balik sbb MIL ada kat umah. Dalam kul 2 lebih, saya cuba utk bangun nak gi buat air kecil. Time buang air kecil ada darah kuar.  Masa nak bangun, Masya Allah sakitnya kat perut. Tp manage utk bangun dan jalan di toilet. Cik Misi pun dah nasihat, lepas OD jgn baring jer..kena bergerak2 jugak. Dalam pukul 3 lebih, De dtg melawat. Pastu doc dtg melawat. Doc bagi CD operation suh tgk. Tanya la pasal darah yang kuar. Doc bagi tau..mmg ada darah sikit.  Pastu nak dekat kul 4 ptg Encik B datang dengan beg2 baju. Saya pun mandi, baru rasa segar sikit. Lepas mandi pakai la sp*nd*r..huhu mmg ngilu bila kena kat tmpt operation tu. Last sekali tak yah pakai...pakai kain batik jer. Nak makan tak boleh lagi. Minum air milo jer. Bila dah petang sikit baru leh makan bubur. Mujur la tak muntah2. Makan malam pun bubur jugak. Malam tu stay kat hosp sorang2..sbb Encik B kena balik settle kan MIL.

Esok pagi2..dah rasa kuat sikit..dah boleh bangun pergi mandi sendiri. Dalam kul 8 pagi lebih. Doc datang. Doc cabut plaster..pastu doc ckp dah boleh keluar wad. Wahhh sukanya. Dalam kul 1 ptg, kitaorg kuar.. lambat sikit sbb nak settlekan bil dengan insurans. Doc bagitau, make sure luka tu mesti kering, jika tak..nnt bernanah. Lepas mandi, lap kering2..tak pun guna hair dryer bagi kering betul. Takde pantang2. Tapi biasa la..nak baik cepat kena pantang jugak. 

Sekarang apa yang saya buat :-

1. Berjalan2. Tapi jgn laju..kalo tak bleeding. Ini nak bagi cepat baik.
2. Pakai kain batik jer..time dok dlm bilik sorang2..buka la kain (lucah sikit yek)..bagi luka terbuka. Jika terbuka, luka akan cepat baik.
3. Jgn sesekali minum ais.
4. Minum air masak sebanyak mungkin dan makan sayur/buah. Ini tak nak bagi sembelit. kalau sembelit lagi sakit.

Harap2 saya akan cepat sembuh. Next appointment dengan doc 1 bulan lagi atau day 2/3 period mana dulu. Skrg berehat2 untuk dua minggu.

17 comments:

  1. wahhh... get well soon ye cik puan tipah. =) Insyallah pasni berderet la. hehehe. doctor i pn ada suggest buat OD kalu ubat xjalan. bila i bc experience u not so bad, xde la i cuak sgt. enjoy la bermanjaan dgn encik B. buli dia abes2 tau ms recover ni. ;p

    ReplyDelete
  2. yannie..
    ok jer..bila dah lalui semua ni. Sblm nak buat OD rasa berdebar2.
    Tak baik buli2..hehehaha. tapi buli gak la..

    ReplyDelete
  3. cik tipah..semoga cepat sembuh ek..
    kene pakai sepender yg besor tue br xngilu tempat luka..hehe..dulu sy cmtue gak..sabar bebanyak ek..
    insyaALLAH sumer nye akan ok..take care dear.

    ReplyDelete
  4. melur, kna pinjam sependar en suami la nmpak gaya. hehehe.

    ReplyDelete
  5. err..sy agak mushkil..OD neh bkn ke yg tebuk sket kt pusat tu?

    ReplyDelete
  6. adeh macam ngeri jerk buat OD ni.. takut aaa

    ReplyDelete
  7. huhuu...sekali fikir satu pengalaman yang x dapat dibeli kan cik puan tipah..semoga awak cepat sembuh ye dear..

    ReplyDelete
  8. melur - mmg kena ada spender yg besar2. ini semua cukup2 b*n**t jer..hehe.

    yannie - encik b pun tanya, nak pinjam tak sepender dia..hehe.

    Fika - yup. doc tebuk 3 lubang. 1 kat pusat, 1 kat ari2, 1 lg kat sblh kiri.

    cinta - dah lalui tak ngeri pun..ok jer.

    chinta - yup..pengalaman yg indah w/pun sakit. tak semua org akan lalui perkara ini. Sy dah sihat

    ReplyDelete
  9. bestnya...lepas baca pengalaman awak saya pun tak sabar rasanya nak OD, insyaAllah 19Dec ni...

    ReplyDelete
  10. salam...saya pon..ada kemungkinan besar akan buat OD...jika xkeberatan berkongsi...leh saya tahu kosnyer berapa??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      Kos OD sy dalam 6000++, ditanggung oleh insurans..

      Delete
    2. boleh saya tahu insuran apa awak amek ?

      Delete
    3. insurans saya tak cover pun od..

      Delete
  11. Puan buat OD kat hospital mana? Boleh saya tahu? Ssbab saya pun kena buat OD tapi kat hosp. swasta sgt mahal sampai rm16k.

    ReplyDelete
  12. Saya Akan OD 18hb dec 2017 ni seram sgt Sambil baca citer akk ni Sambil nangis

    ReplyDelete
  13. saya insyaallah akan lalui perkara yang sama macam sis. semoga segala urusan dipermudahkan dan akan sinar yang dinanti2. Bila saya baca experience sis saya dah rasa ok sikit. dah 2 kali gagal iui dan dah mkn bermacam2 ubat kesuburan masih xda rezeki lagi. Moga dengan OD ini akan ada hasil yang positif.amin

    ReplyDelete